Jumaat, 22 Ogos 2014

JENIS-JENIS GANGGUAN YANG TERDAPAT PADA KULIT

Kulit yang mulus dan bebas dari pelbagai penyakit tidak akan mampu bertahan lama.Rawatan bagi setiap jenis penyakit tentu sahaja berbeza walaupun ia mempunyai tahap kegatalan yang sama.Terdapat pelbagai jenis gangguan yang terdapat pada kulit antaranya:
A. RADANG KULIT.
B. JANGKITAN KULAT.
C. TEKANAN ATAU KETEGANGAN.
D. ALERGI SINAR MATAHARI.
E. JANGKITAN KUTU(PARASIT)
F. DERMATITIS(EKZEMA)
G. JANGKITAN VIRUS.
H. URTIKARIA/RUAM/CAMPAK/KURAP.
I. TUMOR KULIT.
J. GANGGUAN PENYAKIT DALAMAN
K. ALERGI PELUH.
L. JERAWAT.

A. RADANG KULIT
   
     Radang kulit merupakan sejenis gangguan atau penyakit yang sering dikesan.Tanda-tandanya ialah seperti timbul warna merah,gatal,bengkak, dan terasa sakit.Sekiranya masalah hanya tertumpu pada warna kemerahan dan terasa gatal,ia mungkin disebabkan alergi.Sekiranya masalah tertumpu pada bengkak dan sakit, lazimya berpunca dari jangkitan bakteria.

B. JANGKITAN KULAT.

     Pada jangkitan kulat,gejala yang timbul selain dari rasa gatal ialah terdapat tompok putih bersisik halus atau bintik kemerahan.Tanda-tanda awal kulit terkena jangkitan kulat ialah rasa gatal pada kulit terutama ketika berpeluh.Secara umum,kulat ialah tumbuhan sederhana yang tidak mengandungi zat hijau daun(klorofil) dan hidup menumpang pada perumahnya(saprofit).
Kulat kulit hidup dari sel luar kulit dan sebagainya.Terdapat kulat dermatofit penyebab kurap dan kutu air,non-dermatofit penyebab panau,kulat rambut penyebab kelemumur, dan candida penyebab keputihan.Gejala serangan kulat pada kulit bergantung kepada bahagian kulit yang terkena serangan dan jenis kulatnya.Sekiranya penyakit itu berupa panau (pitiriasis versikolor),akan timbul tompok putih,kehitaman, atau kemerahan dengan sisik halus di bahagian punggung,muka,lengan,paha,dan bahagian yang banyak mengandungi kelenjar minyak atau kelenjar peluh.Penyakit kurap berupa tompok yang lebih jelas,bahagian tepi berwarna kemerahan dan berbintik-bintik,rasa gatal terutama ketika berpeluh.
Bersambung...

Khamis, 7 Ogos 2014

TEKNIK TERBAIK PENJAGAAN KULIT

Penjagaan kulit bukan sekadar penjagaan dari dalaman sahaja.Kesihatan kulit juga bergantung kepada bahagian tubuh yang lainya.Bagi menampilkan kulit tubuh yang menarik,penjagaan perlu dititikberatkan sama ada dari bahagian dalam ataupun luar.Penjagaan yang khusus diperlukan untuk kulit wajah dan leher kerana kulit wajah dan leher merupakan bahagian kulit yang paling sensitif.

A. Teknik Penjagaan Dari Dalam

a)  Makanan Pencegah gejala kedutan.
Pelbagai penelitian telah membuktikan bahawa makanan rutin seharian sangat penting dalam usaha mencegah proses penuaan.Makanan yang memenuhi syarat jika dimakan secara teratur dapat membantu mencegah penuaan kulit berkedut.Tidak ada makanan yang spesifik yang dapat mencegah timbulnya garis-garis penuaan tetapi kedutan boleh dihindari supaya tidak begitu ketara.Cara-caranya ialah dengan mendapatkan makanan tertentu yang menjaga atau mengekalkan keseimbangan jaringan di bawah kulit.

Makanan yang paling baik ialah makanan yang mengandungi kadar kalori yang cukup bagi mengekalkan berat badan normal.Sebagai contoh,seseorang lelaki dewasa berusia 35 tahun dengan berat badan 65kg memerlukan 2690 kalori untuk aktiviti ringan,2990 kalori untuk aktiviti sederhana, dan 3500 kalori untuk aktiviti berat.Manakala bagi wanita dewasa berusia 35 tahun dengan berat badan 50kg memerlukan 1800 kalori untuk aktiviti ringan,2000 kalori untuk aktiviti sederhana, dan 2340 kalori untuk aktiviti berat.

Kandungan kalori yang diperlukan oleh tubuh sebaik-baiknya dari makanan yang terdapat gizi dengan menjumlahkan komposisi gizi seperti berikut:

1. Air, sebagai medium pengangkut makanan dan sisa makanan.Makanan yang segar banyak mengandungi air.Digalakkan memakan makanan yang banyak mengandungi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan supaya proses pembuangan air besar dan air kecil berjalan dengan lancar.Kelancaran pembuangan sisa kotoran akan memberi kesihatan pada keadaan kulit.

2. Zat gizi perlu di teliti untuk menjaga kekuatan dan kelenturan bentuk kulit.Beberapa zat gizi tersebut ialah:

  • Vitamin A, juga dikenali sebagai vitamin kulit, terdapat dalam pelbagai jenis ikan, minyak ikan,lobak merah, sayur-sayuran berdaun hijau, buah tembikai, mangga dan betik.
  • Vitamin B kompleks, membantu peredaran darah pada kulit, membina sel-sel atau jaringan tubuh dan melenturkan kulit.
  • Vitamin C, penting untuk membina dan mengekalkan kolagen.Kolagen ialah zat yang dapat memberi kekuatan dan kelenturan kulit.Vitamin C juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan membantu tubuh melawan penyakit.Semua jenis sayuran dan buah-buahan segar mengandungi vitamin C.
  • Vitamin E, memperbaiki sistem peredaran darah dan mencegah oksidasi lemak.Ia juga berfungsi sebagai agen pemindahan,penyerapan, dan penyimpanan vitamin A di dalam badan.Vitamin E terdapat pada kekacang dan brokoli.
  • Mineral, berfungsi menjamin kesihatan kulit.Dalam diet perlu mengamalkan mineral terutama mineral zink yang membantu menyegarkan dan memperbaharui kulit.
Di samping itu, kegiatan olahraga dan bersukan juga penting.Olahraga mampu merangsang peredaran darah, memperbaiki nutrisi sel, membantu menghilangkan tekanan dan m enjadikan tubuh lebih segar.

Kulit terdiri dari unit sel yang menyelimuti sistem tubuh lainya.Kulit juga merupakan pembatas antara lapisan tubuh dan dunia luar.Oleh yang demikian, stiap perubahan yang berlaku di luar akan dirasai oleh kulit yang menyebabkan timbul tindak balas dari sistem kulit.Sekiranya usia seseorang telah melewati masa 30 tahun, sistem pelembab semulajadi seperti kelenjar peluh dan kelenjar minyak akan mengalami penurunan daya kerjanya.Ini akan mengakibatkan lapisan kulit paling atas mengering dan berkedut yang disebabkan oleh kelembapan tidak tercipta dengan baik.

Sekiranya berlaku keadaan seperti diatas, minum air dalam jumlah yang mencukupi merupakan salah satu cara untuk mengantikan cecair yang keluar melalui peluh dan saluran kencing sehingga kulit mempunyai cadangan air yang cukup dari organ tubuh yang lain.Diperlukan 8-10 gelas air putih pada setiap hari.Kopi,teh, dan minuman berkarbonat tidak ternasuk dalam jumlah air yang diperlukan.Minuman tersebut mengandungi kafein yang bersifat menyerap cecair(diuretik) sehingga boleh mengurangkan cecair yang terdapat di dalam tubuh.

Gejala penuaan lain yang berhubung rapat dengan diet ialah kurangnya daya ketahanan tubuh terhadap serangan penyakit.Usia yang telah lanjut akan melemahkan fungsi sel darah putih(limfosit) yang membantu melawan punca penyakit.Beberapa kajian telah membuktikan bahawa proses penyembuhan penyakit yang disebabkan serangan atau jangkitan keatas golongan tua akan berlangsung lebih lama akibat daya ketahanan tubuh semakin menurun.

Vitamin E juga dapat membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh.Sebuah universiti di Amerika Syarikat, peneliti Slimin Nikbin Meydani memberikan vitamin E dalam sukatan yang tinggi kepada 32 orang dewasa yang berusia 60 tahun.Pemberian ini dilakukan dua kali sehari selama sebulan.Penelitian makmal kemudian membuktikan bahawa fungsi limfosit meningkat dengan baik.