Khamis, 7 Ogos 2014

TEKNIK TERBAIK PENJAGAAN KULIT

Penjagaan kulit bukan sekadar penjagaan dari dalaman sahaja.Kesihatan kulit juga bergantung kepada bahagian tubuh yang lainya.Bagi menampilkan kulit tubuh yang menarik,penjagaan perlu dititikberatkan sama ada dari bahagian dalam ataupun luar.Penjagaan yang khusus diperlukan untuk kulit wajah dan leher kerana kulit wajah dan leher merupakan bahagian kulit yang paling sensitif.

A. Teknik Penjagaan Dari Dalam

a)  Makanan Pencegah gejala kedutan.
Pelbagai penelitian telah membuktikan bahawa makanan rutin seharian sangat penting dalam usaha mencegah proses penuaan.Makanan yang memenuhi syarat jika dimakan secara teratur dapat membantu mencegah penuaan kulit berkedut.Tidak ada makanan yang spesifik yang dapat mencegah timbulnya garis-garis penuaan tetapi kedutan boleh dihindari supaya tidak begitu ketara.Cara-caranya ialah dengan mendapatkan makanan tertentu yang menjaga atau mengekalkan keseimbangan jaringan di bawah kulit.

Makanan yang paling baik ialah makanan yang mengandungi kadar kalori yang cukup bagi mengekalkan berat badan normal.Sebagai contoh,seseorang lelaki dewasa berusia 35 tahun dengan berat badan 65kg memerlukan 2690 kalori untuk aktiviti ringan,2990 kalori untuk aktiviti sederhana, dan 3500 kalori untuk aktiviti berat.Manakala bagi wanita dewasa berusia 35 tahun dengan berat badan 50kg memerlukan 1800 kalori untuk aktiviti ringan,2000 kalori untuk aktiviti sederhana, dan 2340 kalori untuk aktiviti berat.

Kandungan kalori yang diperlukan oleh tubuh sebaik-baiknya dari makanan yang terdapat gizi dengan menjumlahkan komposisi gizi seperti berikut:

1. Air, sebagai medium pengangkut makanan dan sisa makanan.Makanan yang segar banyak mengandungi air.Digalakkan memakan makanan yang banyak mengandungi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan supaya proses pembuangan air besar dan air kecil berjalan dengan lancar.Kelancaran pembuangan sisa kotoran akan memberi kesihatan pada keadaan kulit.

2. Zat gizi perlu di teliti untuk menjaga kekuatan dan kelenturan bentuk kulit.Beberapa zat gizi tersebut ialah:

  • Vitamin A, juga dikenali sebagai vitamin kulit, terdapat dalam pelbagai jenis ikan, minyak ikan,lobak merah, sayur-sayuran berdaun hijau, buah tembikai, mangga dan betik.
  • Vitamin B kompleks, membantu peredaran darah pada kulit, membina sel-sel atau jaringan tubuh dan melenturkan kulit.
  • Vitamin C, penting untuk membina dan mengekalkan kolagen.Kolagen ialah zat yang dapat memberi kekuatan dan kelenturan kulit.Vitamin C juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan membantu tubuh melawan penyakit.Semua jenis sayuran dan buah-buahan segar mengandungi vitamin C.
  • Vitamin E, memperbaiki sistem peredaran darah dan mencegah oksidasi lemak.Ia juga berfungsi sebagai agen pemindahan,penyerapan, dan penyimpanan vitamin A di dalam badan.Vitamin E terdapat pada kekacang dan brokoli.
  • Mineral, berfungsi menjamin kesihatan kulit.Dalam diet perlu mengamalkan mineral terutama mineral zink yang membantu menyegarkan dan memperbaharui kulit.
Di samping itu, kegiatan olahraga dan bersukan juga penting.Olahraga mampu merangsang peredaran darah, memperbaiki nutrisi sel, membantu menghilangkan tekanan dan m enjadikan tubuh lebih segar.

Kulit terdiri dari unit sel yang menyelimuti sistem tubuh lainya.Kulit juga merupakan pembatas antara lapisan tubuh dan dunia luar.Oleh yang demikian, stiap perubahan yang berlaku di luar akan dirasai oleh kulit yang menyebabkan timbul tindak balas dari sistem kulit.Sekiranya usia seseorang telah melewati masa 30 tahun, sistem pelembab semulajadi seperti kelenjar peluh dan kelenjar minyak akan mengalami penurunan daya kerjanya.Ini akan mengakibatkan lapisan kulit paling atas mengering dan berkedut yang disebabkan oleh kelembapan tidak tercipta dengan baik.

Sekiranya berlaku keadaan seperti diatas, minum air dalam jumlah yang mencukupi merupakan salah satu cara untuk mengantikan cecair yang keluar melalui peluh dan saluran kencing sehingga kulit mempunyai cadangan air yang cukup dari organ tubuh yang lain.Diperlukan 8-10 gelas air putih pada setiap hari.Kopi,teh, dan minuman berkarbonat tidak ternasuk dalam jumlah air yang diperlukan.Minuman tersebut mengandungi kafein yang bersifat menyerap cecair(diuretik) sehingga boleh mengurangkan cecair yang terdapat di dalam tubuh.

Gejala penuaan lain yang berhubung rapat dengan diet ialah kurangnya daya ketahanan tubuh terhadap serangan penyakit.Usia yang telah lanjut akan melemahkan fungsi sel darah putih(limfosit) yang membantu melawan punca penyakit.Beberapa kajian telah membuktikan bahawa proses penyembuhan penyakit yang disebabkan serangan atau jangkitan keatas golongan tua akan berlangsung lebih lama akibat daya ketahanan tubuh semakin menurun.

Vitamin E juga dapat membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh.Sebuah universiti di Amerika Syarikat, peneliti Slimin Nikbin Meydani memberikan vitamin E dalam sukatan yang tinggi kepada 32 orang dewasa yang berusia 60 tahun.Pemberian ini dilakukan dua kali sehari selama sebulan.Penelitian makmal kemudian membuktikan bahawa fungsi limfosit meningkat dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan